Monday 9 May 2011

aktiviti nyanyian - untuk set induksi

Rancangan Pengajaran Harian - Tema Serangga


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tema : Alam Hidupan
Subtema : Serangga
Cadangan Masa : 40 minit
Tunjang Utama : Komunikasi Bahasa Malaysia
Standard Pembelajaran Utama : BM 3.5.1 Membatangkan (suku kata sambil mengeja) dua sukukata
                                                                           untuk menjadi perkataan .
Standard Pembelajaran yang disepadukan : KTI 2.1.13 Menyanyi  dengan gerakan.
Objektif pembelajaran :  Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat:
                                             1.  membatang dua sukukata  untuk menjadi perkataan .
                                             2.  menamakan  serangga.
                                            3.  memadankan  perkataan dengan gambar.
Penyerapan Nilai :  bersyukur dengan ciptaan Tuhan.
Kosa Kata :  rama-rama, lalat, lipas, lebah, semut.
Peralatan dan bahan : komputer riba, broadband , skrin LCD.
Langkah-langkah pengajaran :
1.  Menyanyi lagu berkaitan dengan  serangga.   - ‘Lagu Rama-rama’
2.  Mengenal dan menamakan serangga dalam  gambar.
3.  Mengeja dan membaca sukukata untukmembentuk perkataan yang betul.
4.  Aktiviti  pengukuhan :  memadankan perkataan dengan gambar .