Monday 9 May 2011
Rancangan Pengajaran Harian - Tema Serangga
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tema : Alam Hidupan
Subtema : Serangga
Cadangan Masa : 40 minit
Tunjang Utama : Komunikasi Bahasa Malaysia
Standard Pembelajaran Utama : BM 3.5.1 Membatangkan (suku kata sambil mengeja) dua sukukata
untuk menjadi perkataan .
Standard Pembelajaran yang disepadukan : KTI 2.1.13 Menyanyi dengan gerakan.
Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat:
1. membatang dua sukukata untuk menjadi perkataan .
2. menamakan serangga.
3. memadankan perkataan dengan gambar.
Penyerapan Nilai : bersyukur dengan ciptaan Tuhan.
Kosa Kata : rama-rama, lalat, lipas, lebah, semut.
Peralatan dan bahan : komputer riba, broadband , skrin LCD.
Langkah-langkah pengajaran :
1. Menyanyi lagu berkaitan dengan serangga. - ‘Lagu Rama-rama’
2. Mengenal dan menamakan serangga dalam gambar.
3. Mengeja dan membaca sukukata untukmembentuk perkataan yang betul.
4. Aktiviti pengukuhan : memadankan perkataan dengan gambar .
Subscribe to:
Posts (Atom)